MyGred@mbi - Jabatan Kesihatan & Perkhidmatan Perbandaran (Am)

Ringkasan Eksekutif

MyGred adalah satu sistem yang menyimpan data penggredan premis makanan yang telah dijalankan oleh Unit Keselamatan Dan Kualiti Makanan (UKKM), Jabatan Kesihatan Awam Dan Perkhidmatan Perbandaran, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Unit Keselamatan Dan Kualiti Makanan telah melaksanakan Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil. 2 Tahun 2014 berkaitan Garis Panduan Sistem Penggredan Premis Makanan Di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan mulai  1 hb. Jun 2014 ke atas semua premis makanan (restoran/kedai makan, food court dan kafe).

Kaedah perlaksanaan penggredan premis makanan di MBI dengan menggunakan borang JKT/KS/1 dengan pengiktirafan kebersihan premis berdasarkan penarafan Gred A, B & C.

Penarafan berdasarkan kriteria-kriteria seperti berikut :-

  • Kawasan Penyediaan Makanan
  • Kawasan Penyajian Makanan
  • Pengendali Makanan
  • Sistem Bekalan Air
  • Kemudahan Sanitasi
  • Struktur dan Penyenggaraan Premis
  • Lain-Lain (Generik)

Matlamat MyGred adalah untuk :-

  • Memaparkan maklumat penggredan premis makanan,
  • Mempermudahkan masyarakat mengenalpasti tahap kebersihan premis makanan,
  • Menjimatkan masa dan wang masyarakat dalam memilihkan premis makanan yang hendak dituju,
  • Membudayakan masyarakat memilih premis makanan bersih, dan
  • Mewujudkan persaingan antara pengusaha premis makanan untuk mewujudkan premis bersih .

Jabatan Kesihatan & Perkhidmatan Perbandaran - Am MBI

Daftar Masuk : Untuk Kegunaan Pentadbir Sahaja

Kemaskini Terakhir : 12-04-2017 09:22:43 Masa Capaian : 0.0004 saat.� 2013 Hakcipta Terpelihara Majlis Bandaraya Ipoh
www.mbi.gov.my | mbi@mbi.gov.my | facebook mbi | +605 2083333
Laman ini telah dilawati sebanyak 03989 kali sejak 1 April 2017